Fat Loss Top Secrets You Need to Know - Shocking Proof!
Powered by MaxBlogPress  

March 16, 2008

Kenapa sebok nak sedekah?

Filed under: Islam, Solat, Hadith, Umum — Hjsmael @ 6:36 pm

Memang baik sikap kebanyakan dari anggota mayarakat kita yang rajin bersedekah. Banyaklah di antara ayat-ayat Al-Quran dan juga hadith-hadith yang menganjurkan amalan bersedekah. Mungkin anda lebih mengetahui dari saya dalam hal ini.

Tapi ada beberapa perkara pelik dan ajaib yang berlaku merata-rata di dalam masyarakat Islam di Malaysia terutama pada hari Juma’at, atau lebih tepat lagi ketika menghadiri Solat Juma’at.

Kebiasaan nya terdapat peti-peti derma yang agak besar ditempatkan di pintu-pintu masuk masjid atau dewan solat. Namun tak ramai yang berminat menderma melalui peti-peti tersebut khususnya pada hari Juma’at.dsc_2333-copy.jpg

Maka masuklah hamba-hamba Allah ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk ber-i’itikaf dengan tidak mengendahkan peti-peti besar yang disediakan di tengah-tengah pintu bagi memudahkan sesiapa yang hendak bersedekah.

Tak sedekah pun tak apa! Bukannya wajib untuk bersedekah di masjid pada hari Juma’at.

Kalau tak wajib kenapa pula penulis ni sebok nak bincang pasal sedekah pada hari Jumaat?

Begini saudara.

Tak sedekah tak berdosa. Sedekah lebih baik. Tapi, kalau sedekah semasa khatib berkhotbah…

…saya rasa itu adalah lebih buruk dari tak bersedekah kerana pada fahaman saya perbuatan tersebut menghilangkan pahala Jumaat.

Yang menghairankan… kenapa sebaik saja khatib naik ke mimbar untuk berkhotbah, tabung-tabung baru mula nak berjalan? Maka sibuklah kebanyakan dari kita seluk sana, seluk sini untuk mencari wang masing-masing. Ketika itu kita dah tak kisah dah khatib nak pesan apa pun.

Terdapat banyak juga masjid yang menggunakan tabung-tabung kecil beroda untuk kutipan hari Juma’at. Tabung jenis ini digerakkan sendiri oleh jama’ah yang akan sambung menyambung menolak kepada jiran sebelah nya.

Pernah di sebuah masjid, saya bertindak tidak mahu ikut mengedarkan tabung tersebut kerana takut hilang pahala Juma’at. Maka apabila tabung sampai di hadapan saya, saya pun biarkan saja. Malangnya lain pula jadinya. Apabila melihat tabung tak berjalan, ada pula yang susah payah merangkak-rangkak untuk ambil tabung itu. Rupa-rupa nya tindakan saya tidak turut mengedarkan tabung derma tersebut menjadi lebih mudhorat daripada jika saya ikut menyorong nya.

Lebih menarik, ada pula yang mengetuk-ngetuk dan ada pula yang menggoncang tabung tersebut, mungkin bagi memastikan duit yang mereka masukkan betul-betul jatuh ke dalam. Perbuatan tersebut ternyata memalingkan perhatian orang lain dari khutbah yang sedang diucapkan.image002duo.jpg

Di sesetengah masjid pula ada tukang pembawa uncang berjalan di sepanjang saf sambil menggoncang-goncang uncang yang berisi wang syiling, mungkin bertujuan mengejutkan orang yang sedang tidur supaya mengeluarkan wang masing-masing.

Menariknya juga, tukang pembawa uncang ini akan mula berjalan sebaik saja khatib mula berkhotbah!

Saudara saudara yang saya kasihi. Marilah sama-sama kita fikirkan akan kewajaran setiap perlakuan kita. Tak ambil pedulikah kita pesanan Rasulullah yang dilaungkan pak bilal ketika setiap kali khatib naik ke mimbar?

Di kebanyakan masjid, pak bilal akan membacakan riwayat sebuah hadith yang melarang kita dari bercakap-cakap ketika khatib berkhotbah. Bahkan dengan mengatakan “diam” kepada orang lain pun, tak boleh kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan hilangnya pahala Juma’at.

Saya juga pernah terbaca sebuah riwayat hadith yang bermaksud Rasulullah tidak membenarkan walau pun menggerak-gerakkan batu kerikil ketika khatib berkhotbah Jumaat. Ma’afkan saya kerana tidak pula mencatitkan riwayat hadith tersebut. Saya cuba mencarinya kembali ketika menulis blog ini, tetapi tak jumpa.

Walau bagaimana pun, ini hanyalah pandangan saya. Mungkin ianya benar atau mungkin juga di sebaliknya. Bertanyalah kepada yang lebih ‘arif. Mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan peng’abdian kita kepada Allah.

Allahuakbar!

February 1, 2008

Allah hairan…!

Filed under: Hadith, Umum — Hjsmael @ 8:19 am

Segala pujian bagi Allah. Salawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad serta keluarga baginda.

Assalamu’alaikum.

Saudara yang saya kasihi.

Mari kita lihat sepotong Hadith Qudsi yang saya petik dari terjemahan sebuah buku Imam Al-Ghazali bertajuk “Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi” keluaran Al-Hidayah Publisher, yang maksudnya :

“Wahai sekalian manusia,

Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian, tetapi masih bergembira.

Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi masih terus mengumpul harta.

Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi masih tertawa.

Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang lenang.

Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencana nya tetapi masih terus tenteram bersama nya.

Pantai PD

Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati.

Aku hairan melihat orang yang mensucikan dengan air, sedangkan hati nya tidak bersih.

Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela diri nya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku nya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat.

Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuni nya seorang diri, dihisab seorang diri, tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia.

Tidak ada Tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasulku.”

Add to Technorati Favorites

Powered by WordPress

pagepeel by webpicasso.de
Close
E-mail It